Sunday, March 5, 2017

Padang - Bukittinggi Part 5

hahahhha.. sebulan 1 entry je kaedahnye...

cepat betul masa berlalu sekarang ni kan..

Day 2 at Bukittinggi

hari dimulakan dgn breakfast percuma di hotel.. ada roti bakar dgn nasik goreng je..

kopi dia rasa lain macam sikit.. tak kena dgn tekak aku.. nyesal tak bawak turun nescafe sendiri..


tempat pertami kami tuju harini adalah Pandai Sikek.

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Pandai Sikek
Nagari
Negara Indonesia
ProvinsiSumatera Barat
KabupatenTanah Datar
KecamatanSepuluh Koto
Luas23,14 km²
Jumlah penduduk5.539 jiwa
Pandai Sikek merupakan salah satu nagari yang termasuk ke dalam wilayah kecamatan Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Nagari ini terletak di dekat Batusangkar, ibu kota dari kabupaten Tanah Datar. Nagari Pandai Sikek juga dikenal sebagai tempat pengrajin tenun, dan ini diapresiasikan oleh pemerintah Republik Indonesia dalam gambar mata uang pecahan Rp 5.000 emisi 1999-saat ini.



Saturday, February 4, 2017

Padang - Bukittinggi Part 4


hai.. harini baru ade mood sikit nak update.. hahhaha

walaupun cerita dah basi tetap nak update jugak..

sebelum tu aku nak mintak semua followers tinggalkan alamat kat bawah.. nnt senang sikit nak send postcard time aku travel.. :)

alamat anda tidak akan di publish.. jgn risau.. 

sambung cerita padang-bukittinggi yg lepas..

selepas hampir sejam perkjalanan dari Wisata Air Mancur td kami sampai di sini..

Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. 

tulis kat luar tu kena entrance fee, tapi pa unchu parking terus je kat laman museum ni, takde kene bayar apa2 pun untuk masuk..

masih awal, belum ramai orang lagi
gambar full rumah gadang padang panjang or PIDKM

Sunday, January 8, 2017

2016 in memories

hai..

happy new year guys.

rasenye belum terlewat untuk aku buat recap 2016.. hahahhaa..

JANUARY

1 Jan 2016

aku touch down penang selepas 9 hari overland Penang-Luang Prabang-Penang 23 Dec 2015 - 1 Jan 2016. touch down lah sgt.. aku naik ketapi je padehal.. 

bila nak update pasal entry overland tu tak tahu lah.. hahahhaha

tak pasti mana aku simpan semua gambar trip ni.. tempek je la mana yg ada..

time ni dlm tuk tuk dari stesen bus ke pekan luang prabang

Monday, December 12, 2016

LAZADA BOX OF JOY!!

walaupun agak lambat..

akhirnya dapat jugak LAZDA BOX OF JOY ni..

so lets see what inside my BOX OF JOY


dpt 1 BOX OF JOY, 1 VR BOX & 1 beg MILO Ola Bola

Ni pulak yg ada dalam LAZADA BOX OF JOY

Wednesday, November 30, 2016

JJCM : Blue Chef, Gurney Plaza

aritu jalan2 dgn officemate kat gurney plaza..

terjumpa kedai ni tgh buat promotion..

baru bukak rasenye..

yg gurney plaza ni maybe cawangan ke-2 kot.. sbb penah nampak kedai ni kat bukit jambul..

tp yg kat BJ tu kawan aku cakap tak halal..

yg ni kami confident je nak makan sbb workers dia nampak ramai muslim..



location : gurney plaza, level 3, new wing


kami amik yg 2 pax set meal tu


kami duduk kat bahagian balkoni luar.. cantik

aku makan sriracha grill chicken : RM 15.90



bahagian dalam kedai


kaunter bayaran ade banyak teddy bear..

 oeverall ok la kedai ni.. cuma sbb kami duduk bahagian luar, susah gila nak paggil waiters datang amik order.. sbb dorg dahulukan bahgian dalam..

pastu makanan dia agak lambat la.. lama jugak tunggu...

makanan ok .. tapi cam kecik je portion.. hahahhaa.. tak kenyang..

soup of the day dia mushroom soup.. sedap..

desserts aku tak igt.. ke kami x dpt desserts pon???

rugi rugi...

cissss baru igt kami tak dpt desserts.. tak sempat nak komplen sbb rushing.. dah lambat nak masuk office.. tggu ayam lama sgt..sobbssss

harga ok la..boleh repeat tapi bukan luch time.. sbb rase cam rushing je gi time lunch..

ok bai...


Sunday, November 20, 2016

Padang - Bukittinggi Part 3

perghhhh...

malasnye nak menulis sebenarnye...

tapi bila baca blog JM terus rase nak menulis balik.. sebagai kenangan masa di depan kan.. muhahahhahaha

hari ke 2 dimulakan dgn acara iron tudung..

kakak aku bawak iron ni.. boss dia bg pinjam travel iron.. best oii.. rasa nak beli satu...

tapi x beli pun la.. sbb mmg spesis pemalas..

kalau kakak aku xde mayb aku akan pakai je tudung yang sama hari2..



Tuesday, October 18, 2016

JJCM : China House , Beach Street

rase cam dah x boleh teruskan entry Padang sbb gambar hilang.. tak tau simpan mana..

oleh itu kita teruskan aktivita makan je..


Cafe : China House
Adress : 153, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Actually ni kali ke 2 aku lepak china house.. personally aku x minat sgt makana kat sini.. tp fyza teringin makan Lumberjack Cake.. so layan je la ibu mengandung mengidam.. hehhehe

so China House ni ada 2 pintu masuk.. satu melalui Beach Street satu lagi melalui Lebuh Victoria.

sapa yg nak pi aku nasihatkan masuk ikut lebuh victoria sbb ade banyak private parking.. belah beach street susah sikit parking.. 

kat penang ni kena hati2 sikit.. jgn parking sebarangan.. nnt MPP towing lak..



Thursday, August 4, 2016

Padang Day 1 - Part 2

masuk je plaza andalas ni teringat shopping mall yg zaman dulu2 kat malaysia..

hahahahahah... ala2 cam Bukit Jambul zaman dulu2 or Megamall Perai tu..

skrg Plaza Bukit Jambul tu cam dah ok sikit lepas ade Mydin kat bawah tu..

dulu usang je..

mula2 masuk Plaza andalas terus gi cari kedai telefon.. nak beli sim card..

banyak kedai telefon kat atas tu tapi....

semua tak faham SIM CARD tu ape!!!!

susah oii nak explain..

puas fikir la nama lain simcard ni.. tunjuk handphone pun dorg asyik cakap pulsa.. pulsa tu topup..

bukan 1 kedai yg kami try tanya.. ade la 4-5 kedai.. semua tak paham..

*balik Msia aku google translate SIM CARD = KARTU SIM*

ok sapa nak gi padang pas ni sila ingt KARTU SIM ok..

last2 kami give up dengan semua kedai henpon dalam Plaza ni.. dan decide untuk lepak kat kedai donut dalam Plaza Andalas tu..

nama kedai ni MOKKO FACTORY.. ala2 J.CO la kalau kat sini..

sapace kedai ni agak sempit.. x banyak meja sgt.. pastu meja besar2 style ade sofa tu tempat orang dating2 lepak..

nasib baik ade satu tempat kosong kat penjuru kedai tu.. redha je la kene duduk kat tempat sempit n tak cantik.. hahahha



*absolute choco
*glazzy
*white choc berry
Rp 21 000/ 3 pcs


Wednesday, May 18, 2016

Padang Day 1

sebenarnya dah lama cuba untuk update blog..

tapi aku cari gambar kat pantai padang pajang tak jumpe2..

penat korek semua pendrive, google drive, dropbox, hard disk.. semua xde..

so harini aku decide nak update je walaupun takde gambar kat pantai tu..

----------------------------------Padang Day 1--------------------------------------------------------

lepas tidur hampir 2 jam, aku bangun bersiap and solat jamak zohor & asar..

solat siap2 senang.. nnt balik jalan cnfrm penat.. pastu malas.. hahhaah

masing2 pun perut lapar.. nasib baik aku bawak bekal energy bar.. boleh la buat alas perut..

lebih kurang jam 1 kami keluar dari hotel.. of course destinasi pertama cari makanan..

kakak aku janji nak belanja kat El's coffe.. Birthday treat katanya,..

dekat je HW hotel ni dgn El's Cofee.. lebih kurang 100m je..

El's Cofee Padang

Thursday, February 25, 2016

Travelog Padang - Arrival

muahahahaha.. lamanya tak update blog..

tetiba harini cam boring je kat opis.. so update la sikit walaupun cita dah basi..

flight kami menjejakkan tayar di landasan bandara minagkabau jam 8.07 AM (mengikut waktu gambar berikut diambil)