Saturday, February 4, 2017

Padang - Bukittinggi Part 4


hai.. harini baru ade mood sikit nak update.. hahhaha

walaupun cerita dah basi tetap nak update jugak..

sebelum tu aku nak mintak semua followers tinggalkan alamat kat bawah.. nnt senang sikit nak send postcard time aku travel.. :)

alamat anda tidak akan di publish.. jgn risau.. 

sambung cerita padang-bukittinggi yg lepas..

selepas hampir sejam perkjalanan dari Wisata Air Mancur td kami sampai di sini..

Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. 

tulis kat luar tu kena entrance fee, tapi pa unchu parking terus je kat laman museum ni, takde kene bayar apa2 pun untuk masuk..

masih awal, belum ramai orang lagi
gambar full rumah gadang padang panjang or PIDKM

banyak gambar kat sini hilang.. ni je yg ada..

kat bahagian bawah rumah tu blh try pakaian tradisonal minagkabau.. tp kena bayar la.. aku nak try tp ramai sangat.. malas nak tunggu.. panas lak tu.. so aku lupakan je niat nak try tu..

lagipun takut jugak nak try.. takut takde size.. malu je nanti.. hahhaha

time kat sini mmg ramai jumpak oramg dari malaysia je..

dah abis pusing2.. kami teruskan perjalnan..

pak unchu bawak kami makan kuih ni.. nama dia bika talago or orang tempatan panggil kek neraka..

pak unchu kata kek ni walaupun nama neraka tp rasa syurga..

mmg sedap weh.. tapi malu nak makan banyak..

nyesal tak tapau.. sobsssss

nama kedai ni bika talago sbb kedai ni ada tepi talago (telaga)


satu pisang, satu original


dari dapur bika talago

kayu yg digunakan utuk bakar bika. x igt kayu apa

ni la talago (telaga).. aku nampak cam tasik

nama je telaga, tapi aku nampak cam tasik.. lawa pulak tu..

kek ni nama kek neraka sbb time bakar tu kat atas n katt bawah ada api..

bakar secara tradisional guna dapur kayu ..

kalau ikutkan perjalanan dapi padang ke bukittinggi tak la jauh sgt.. lebih kurang 100km je

tapi sbb banyak menyinggah pastu jalan bukit yg bengkang bengkok, so tak boleh bawak laju..

siries aku rasa lama gila perjalanan ni.. tak larat tido dah.. hahahha

lepas lebih kurang 45 minit perjalanan pak unchu bawak kami makan nasik padang..

nama kedai ni Rumah Makan Sederhana..

tapi makanan tak sedehana pun.. hhahhaha

lauk2 nasik padang

pinggan macam mamak pelita je..
sedap ke tak tak tau la nak cakap..

sbb aku bukan peminat nasik padang dan aku ni jenis picky eater.. aku x makan benda pelik2..hahaha

dalam kedai ni pun jumpe lagi family dari malaysia.. mmg supir2 amik contract kot dgn kedai ni..

kalau bawak dtg sini dorg dapat komisen ke ape ke.. aku rasa la..

lepas makan pak unchu ada bawak pergi kedai jual kain tenun bukittinggi..

kakak aku ade la beli 2 pasang.. aku tgk je.. x minat sgt.. rase cam mahal & malas nak angkut.. hahhaha

kami sampai bukittinggi awal la jugak.. dalm 3 pm kot..

Ni hotel yg kami stay sepanjang kat bukitinngi..

hotel baru, signboard nama pun xde lagi..

Hotel Primadini

time amik gambar ni dah malam.. facilities hotel ni bagi aku cam x best sgt la..

tp location mmg cun.. dekat dengan Jam Gadang & Ramayana..

so kami jalan kaki je tapau makanan kat plaza bukittinggi..


gambar tangga je yg aku simpan.. lain2 takde.. hahahahha
lepas check in hotel kami jalan kaki je gi rayana..

igt nak tapau nasik goreng mama macam kat blog SS, tapi tetiba rase cam jauh lak.. so kami tapau texas chicken je la..

kat sini baru kami berjaya beli sim card.. hahhaha..

tu pun sbb ade display simcard kat depan kedai.. so aku tujuk je nak sim card.. tak payan pening2 macam kat kota padang aritu..

kedai simcard tu luar mall..

dalam perjalanan nak masuk mall selipa kakak aku putus lak.. hahhaha.

so terpaksa beli selipa baru.. beli selipa jepun je.. hahahha.. tu pun mahal..

time dalam plaza bukit tinggi ni mmg banyak tragedi la..

time kat taxas chicken kami beratur nak beli makanan.. punya slow dorg buat kerja.. mmg rase lama gila tunggu.

pastu spesis org kat sini pulak mmg tak reti beratur kot..sorg2 datang potong que kami..

siries pelik.. ade kot stgh jam nak tapau makanan..

pastu time kat toilet pun sama..

mmg spesis x reti beratur.. aku dah tunggu depan toilet tu punya la, tetiba dtg sorg pmpuan nak potong que jugak..

time org dalam toilet keular, dia terus tetiba nak masuk..aku cam malas nak gaduh, biar je la..

pastu aku ttgu lagi.. dtg lagi sorang nak buat cam tu.. mmg tak layan la..

org tu keluar je terus aku masuk, tu pun pompuan sorg ni nak rebut dgn aku.. aku buat tak tau je.. aku cakap aku sampai dulu..

pastu time kita dlm toilet siap ketuk2 pintu suruh cepat..

gilaaaa anoyying...

aku cakap kat kakak aku ni mmg last time aku dtg sini.. tak ingin la nak repeat dah..

time kami kat sini hujan lebat kat luar..

sementara nak tggu hujan berenti kami lepak kedai Roti O ni..

ala2 rotiboy la..

sini pun lambat gila tggu dia buat kopi..

stress aku..

tapau je, sbb kedai dah nak tutup.. awal dorg tutup kedai
lepas hujan berenti kami pun jalan pulang balik ke hotel..

bersambung..

27 comments:

  1. Pak Unchu ni yang SS pernah guna service dia ke, Nina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dia la.. time nak pergi padang ni pun mmg ref dari blog SS

      Delete
  2. Lauk-lauk nasi padang tu, kalau kita tak usik, dia tak kira kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. kira yg kita usik je.. tp lauk2 dia nampak x menyelerakan pun.. heheheh

      Delete
  3. Ehhh, memang budaya potong2 Q tu biasa kot....hangin pula saya membacanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. or org kat sini mmg jenis x que agaknye.. main serbu je kaunter.. hahahhah

      Delete
    2. SS pernah kena kat Jogja... Cam harommmm...

      Delete
  4. Hai nina..u ada alamat i kan ��

    ReplyDelete
  5. Cite padang lom habis..bila nk sambung cite siem reap ni..jgn ckp thn depan eh..jgn ikut mcm JM..bertahun x siap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. tu lah JM.. tak tau la bila nak sambung.. asyik bz je..

      Delete
  6. Ramai ckp teh botol tu sedap so try la order..bila minum je adeh..x kena tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 je.. sedap lagi teh o ais kedai mamak .. heheheh

      Delete
    2. X kena tekak katanya... Masa kat Jakarta elok je Jay Emm pulun Teh Botol tu...

      Delete
  7. Lauk masakan padang penuj meja..pilih je mana nak..JM paling suka sambal hijo

    ReplyDelete
    Replies
    1. nina x de yg suka.. yg jenis nampak biji2 cili tu lagi la takut nak makan..

      Delete
  8. Kalau ke padang wajib hire pak unchu ni sbb dia sangatlah caring baik hati pemurah...

    ReplyDelete
  9. Ciss dh la potong q x menyabar plak tu

    ReplyDelete
  10. Bika talago tu... Feel dia masa makan lain macam... Memang sedap...

    ReplyDelete
  11. Nasi goreng mama tu... Dia lambung lambung... Banyak pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. tak larat jalan.. selipar putus.. hujan lak tu..

      Delete